Thursday 7 February 2013

BISKUT RAYA ANEKA KUIH KESUKAAN SAYA

´
Assalammualaikum,

Malam ni saya nak kumpulkan hampir semua resepi yang pernah saya cuba untuk tatapan blog pinkyitujambu..

So insha allah..dimasa hadapan dapat anak anak saya jadikan blog ini untuk tatapan mereka..
Terutama Zohra yang suka sangat bantu saya menyediakan semua menu ni..

Ok tanpa buang masa berceloteh saya paparkan koleksi menu resepi yang saya cuba dalam internet..




Posted via DraftCraft app




Biskut cornflakes madu

Sumber resepi : kongsi resepi

Bahan-bahan ( dalam 60-70 cawan mini cookies )


>250gm cornflakes (kotak kecil)


>125gm butter (1/2 buku)


>1/2 cawan gula perang (tambah kalau suka manis)


>5 sudu makan madu (saya guna golden syrup masa ni sebab tak ada madu)

manik warna warni untuk hiasan

Cara-cara


> Campurkan butter dan gula dan masak atas api perlahan hingga gula larut bersama butter


> masukkan cornflakes ke dalam adunan yang dah cair dan masukkan madu (masa ni saya guna golden syrup)


> adun sampai rata


> masukkan dalam acuan dan taburkan manik warna warni dan bakar selam 10-15 mins atau sampai dasar kekuningan (sekejap saja)


> siap!!







BISKUT TIGA RASA

(saya lupa nama biskut ni hehehe)

Bahan A


>130 gm mentega


>20 gm shortening


>70 gm gula kastor


Bahan B


>30 gm nestum - diramas


>30 gm oat- panggang dan kisar


>30 gm serbuk badam


>20 gm bijan hitam


Bahan C


>25 gm tepung jagung


>10 gm tepung beras


>150 gm tepung gandum


>Hiasan : Ceri merah dan hijau, kuning telur


Cara-cara


Sebatikan bahan A dan masukkan bahan B dan uli rata.

Masukkan bahan C dan uli lembut kemudian canai menjadi kepingan nipis.
Terap dgn acuan empat segi tepat dan sapukan kuning telur dan hias dgn ceri merah dan hijau.

Bakar pada suhu 140c selama 30 minit atau sehingga kekuningan.

**Adunan di atas dapat sikit je, so Ckin Azizan buat 2 adunan sekali.
Dan saya ada campurkan sedikit susu tepung


Selamat Mencuba!








Biskut cornflakes rangup

Sumber resepi :Oven kecil

Bahan-bahan :


>250 gm mentega


>3/4 cawan gula aising


>1 sudu kecil asen vanilla


>1 biji kuning telur


>200 gm cornflakes (diramas sikit) biasa 250gm


> 50gm nestum yang dikisar (saya tambah)


>1 1/2 cawan tepung naik sendiri( biasa 2 cawan)


> 1/2 cawan susu tepung (saya tambah)


Bahan-bahan lain :


mangkuk kertas secukupnya

ceri merah dan ceri hijau sebagai hiasan (dipotong kecil)

Cara-cara :


Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.

Setelah sebati, masukkan kuning telur dan pukul lagi. Kemudian masukkan asen vanilla.
Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yang diramas tadi bersama susu tepung dan serbuk nestum yang dikisar. Gaul sebati menggunkan senduk kayu saja.
Sudukan adunan ke dalam mangkuk kertas dan hiaskan dengan potongan ceri merah dan hijau.
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 20 minit.
Sejukkan biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.







Biskut Susu butter

Sumber resepi : Kongsi resepi

Bahan-bahan ( lebeh 100bj )


2 cwn Tepung Gandum

1 cwn Gula (saye guna icing sugar)
3 cwn Tepung Jagung (saye guna tepung jagung Maizena yg dlm kotak)
2 cwn Butter (1 block 250gm tu)
1/2 cwn Susu Tepung (saye guna susu tepung nespray)
1 sd teh Bicarbonate of soda
1 sd teh Esen Vanilla
(* bhn tidak memerlukan telur)
Cara-cara

Butter dan gula dipukul hingga sebati. Kemudian masukkan esen vanilla. Masukan tepung gandum, tepung jagung dan bicarbonate of soda. Gaul sebati lagi. Baru masukkan susu tepung. Gaul lagi. Canai adunan dan teraplah ikut acuan yg anda suka.

Hiasan diatas biskut terpulang kepada citarasa masing. Disini saye letak chocolate rice sebagai hiasan. SELAMAT MENCUBA.






Lidah buaya

Sumber resepi :Saya dah lupa


Lidah buaya makan sedap..

Makan lagi banyak kali perut sebu.. ^_^



Makan untuk petanggg ini..kalau lapar lagi xtau laa


>500gm tepung


>1 biji telur


>2 sudu margerin


>sedikit garam


>160ml air(saya gantikan dengan santan pekat)


>**6 sudu tepung jagung**


>**6 sudu minyak**


Cara-cara


Satukan bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.

Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit..& kalau keras, tambah air)
Uli doh supaya jadi nipis. Off coz akan dapat size yang lebar. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai. **note: kalau buat canai besar, kita akan dapat kuih yang besar & cepat habis kerja :D
Sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan paste tepung jagung..sapu rata.
Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari. Amik ketul kecil tadi & canai leper.
Goreng hingga kekuningan & sira dengan gula halus. Simpan dalam bekas kedap udara.


Selamat mencuba!!








Biskut arab susu

Sumber resepi : sinar kehidupan

2 cwn Susu tepung ( biasa guna susu nespray)

2 cwn minyk sapi-(tak perlu di cairkan dulu)
sedikit garam
7 cwn tepung gandum(di ayak)
ceri merah secukupnya-potong kecil2
** Gula aising ( utk gaul biskut bila dah masak sahaja)

Cara-Cara

Campurkan susu tepung+minyak sapi+sedikit garam, gaul sebati
Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh.
Bentukkan doh menjadi bulat2 kecil, hias dgn ceri dan bakar hingga masak ( 15-20min) pada suhu 180 C.
Bila dah masak, sejukkan sebentar dan gaul dengan gula aising..siap!








Biskut almond london

Sumber resepi : my kitchen

Bahan A


180 gm mentega

70 gm shortening
1/2 cawan gula halus
1/2 sk esen vanila
1/4 sk garam

Baan B


2 1/2 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung kastad
2 1/2 cawan tepung beras

Bahan C


Badam bakar (potong 2)


Cara


Kacau bahan A hingga sebati.

Masukkan bahan B sedikit demi sedikit.
Uli sebati sehingga menjadi doh
Ambil sedikit adunan,isikan dengan badam bakar.
Bakar selama 25 min pada suhu 175C.
Selepas biskut sejuk celupkan ke dalam coklat cair yang di masakkan secara double boiler.Hias dengan badam cincang.
Masukkan ke dalam cawan kertas

No comments: