Wednesday, 20 February 2013

AYAT KURSI KEISTIMEWAANNYA

´
Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”

1) Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”

2) Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.”

3) Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.”

4) Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.”

5) Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.”

6) Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.”

7) Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.”

8) Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.”

9) Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.”

10) Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.”

11) Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala Nabi-nabi, juga Allah melimpahkan padanya rahmat.”

12) Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.”

13) Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.”

SILA SHARE UNTUK KEBAIKAN SESAMA UMAT ISLAM DAN SEBAHAGIAN KECIL AMAL JARIAH KITA DIMUKA BUMI,AMEEN

TART PERIGI EMAS ISTIMEWA HANYA UNTUK KALIAN

´
Assalammulaikum,

Haduii penat nyer den menaip sampai lenguh ujung jari den yang runcing ni..time save and review back ilang pulak..ni yang den mau speaking english nih..kang..kang..mau den jentik tinga ipad ni..nak?? Nak??

Okey..okey stop ckin..s.o.b s.o.b ekau jangan membebel di ruangan entry yang penuh comel dengan pic tart ni okey..ni antara entry yang special punya den buat..

Nak dimulakan cerita perniagaan tart ni diasaskan oleh mak kita sendiri yang mencipta tart sebegini rupa untuk santapan anak anak keciknya masa dihari raya saban tahun..nama mak kami tersayang dikenali sebagai Cik Ani hehehe

Dipendekkan cerita..kami adik beradik terutama kakak aku yang tomei lagi katik tapi tomei berpakat untuk perkenalkan tart ni keseantero dunia..wallaah..comei gitu ayat jangan marah ye Puan Aza..dikenali tokey tart sekarang hehehe

Di shortcutkan lagi..kami tidak menyangka sambutan begitu menggalakkan sehingga pada suatu hari den mendapat panggilan dari seseorang yang den biasa dengar suaranya di tv..

Sedikit perbualan hang den ingat..

"ckin : alloo..
Kak fiza : aloo ckin..ni yang jual tart nenas kat fesbuk tu ye..
Ckin : ye kak..eh jap macam pernah kenal je suara ni..ni..ni..
Kak fiza : dik..dik..( hampeh punya budak tak sempat aku cakap)
Ckin : ni kak fiza kan yang dalam whi tu ye..saya kenal la akak tak kenalkan nama pun saya kenal..( peraknya den)
Ckin : akak nak beli tart ye??
Kak fiza : hehe..aah kak fiza..tak la dik akak tak nak beli tart tapi nak buat rakaman untuk tart ni boleh??
Ckin : glurpp..glurpp..masuk tvvvv????jeng jeng jeng


Gitu laa..malas taip banyak kebas jari manis den..
Maka seminggu lepas tu keluaww tv..bukan sebarang tv ye..dalam rancangan WANITA HARI INI .walaupun tak sehebat mana pun..semenjak disaat tart ini dan muka den yang tak comei masa tu keluar..panggilan tel dan sms serta inbox di fesbuk mula hotss...
Masa tu tuhan je tau gabra den..letak tisu seminit kat tangan basahh beb..peluh sojuk..kihkih..

Berpeluh tangan kami ni nak menjawab..
Alhamdulillah..rezeki..
Kini ketika den berehat seketika untuk menghasilkan tart..maka beroperasi la kakak den dan mak den atas nama syarikat berdaftar LEGASI MAKMUR

Den bila nak cdbur balik??
Tunggu akan datang..sekarang anak anak den perlukan den soden sabar aje la..
Dalam hati den sudah bunyi broom..brommm.bromm dengar tak??? Kih..kih..

Opps lupa la pulak..TART NENAS COOKIES kini dikenali sebagai TART PERIGI EMAS atas ilham oleh pengasasnya sendiri emak den yang tersayang cik Ani.





 Tart Perigi Emas yang sedia dihidang..pekena kopi panas..hrmm























Saturday, 16 February 2013

DURIAN OH DURIAN!

´
Assalammualaikum,

Durian..owh durian..tak la dinamakan raja segala buah kalau tak durian namanya..
Saya salah seorang yang minat makan durian..tapi tak la extrem sangat..tapi musim durian baru baru ni saya tak kesempatan makan coz en somi cakap badan saya tak berapa sihat lagi..huhuhu badan kita dia pulak tahu ye? Hrmm okey saya hanya menurut perintah

Berbalik pada cerita durian ni..zaman kecik kecik saya ingat lagi coz nak sangat makan durian tersebutla kisah 3 sahabat ni lepas baru balik sekolah agama..ternampakla orang jual durian lambak..masa tu mana la tau durian tu gred berapa..durian busuk ke..durian ada isi ke..so kami bertiga kumpulla duit baki belanja coz masa tu murah la sangat sampai kami budak sekolah pun mampu beli..hehehe

Dah selesai beli kami bahagi 3 pastu bawak la naik beskal memasing..dengan  semangat dan harapan balik nak wat suprise kat mak la yee...kayuh punya kayuh plastik terkoyak..ada yang kayuh sambil kaki tergesel duri pun ada hahahaha sapa la gerangan tu..Bayang kan kayuh beskal naik bukit turun bukit..umah atas bukit hamik kau..

Sampai je rumah dengan letihnya..makkkkk!!! Ni durian ni meh  la bukak..mak pun dengan terkezut nya..allah awat beli durian ni..nak sangat  makan mak boleh beli kan laa..adui budak bertuah!!
Mak pun sambil membebel bukak la durian tu jeng jeng jeng...durian takda isi..keras kematu pon ada...kihkihkih..kurang asam punya penjual durian puihhh
Maka mak pun sambung balik membebel..( saya pekakkan je tinga ni) tapi dapat la makan seulas dua dari seplastik yang bawa balik tadi :(

Bila teringatkan zaman silam tadi..mesti tersenyum sorang sorang..
Sekarang dah tau beli durian yang mana terbaik..
Jika rezeki lebih suami belikan durian jenis musang King macam yang kat bawah ni..
Yang kuning cair cikit tu D24 sesuai buat bubur..






Ni Musang King kuning pekat sikit..rasa perhhh cuba sendiri ye..biji kecik so puas makan isi lebih






Sungguh puas hati..beli dalam 3-4 biji pun dah puas makan sefamily







Yang ni saya nak tunjuk beza color durian musang king dengan D24( yang color kuning cair tu ye)







Yang cenoit ni..hahaha peberet kita ni..coz penuh lemak dan tanpa biji..sedapnyerrrr








Tengok tu berjuntai juntai buahnya..haaii kebun sapa la ni ye..hehehe

Lokasi : Janda Baik Pahang






Geram tul la tengok..durian owh durian!!







Haa ni hasilnya bila durian di buat crepe.. Jadila durian crepe musang king..comeikan??sedap jugak..

Belian dari : petit delica
Harga : rm30 15pcs rm37 untuk musang king 15 pcs





Isinya gebu dan lembut..secomel tuan yang membuatnya shasha pemilik petit delica hehehe

Friday, 15 February 2013

AYAM PERCIK CKIN

´
Assalammualaikum,

Kali ni saya nak kongsi cikit resepi ayam percik yang pernah saya buat tak tau dah berapa kali tapi resepi ni memang sedap  coz saya telah menderhaka sikit dengan menambahkan beberapa bahan hehe bukan nak masuk bakul angkat sendiri tapi sure la sedap coz saya pun ambil resepi dari En Google juga..dan hasilnya ternyata sedap..ubah cikit aje hehe 






     Opss besarnya tang part itam hangus tu..hehe tukang kipas leka la tu hepp puk punggung nanti taw





Resepinya :

BAHAN BAHAN :


AYAM SEEKOR SAYA BUAT POTONG  KECIK SENANG MASAK
BERSIHKAN SEPERTI BIASA LETAK TEPI
BAHAN  A
Santan 250 grams (Santan pekat tanpa campur air)
Cili giling 1-2-3 sudu teh (bergantung kepada tahap pedas yang diingini, tak payahlah pedas sangat sebab ayam percik by nature tak pedas tapi manis manis sikit)
Kiub ayam 3 ketul
Madu sedikit dalam 3 sudu


BAHAN B ( BLENDER )
Bawang besar 1 labu
Bawang merah 8-10 ulas saiz sederhana
Bawang putih 2-3 ulas
Serai 3 batang (saiz sederhana)
Halia sebesar ibu jari
Sedikit garam
Gula
Perisa tambahan
Minyak untuk menumis

 OKEY JOM START ENJIN DAPUR KITA 

mula mula panaskan kuali dengan minyak 
Masukkan bahan B goreng sihingga naik wangi garing 
dan pecah minyak
Masukkan cili giling ikut suka kepedasan masing masing dan kiub ayaym serta madu

Kemudian bila dah nampak garing kesemuanya boleh la masukkan santan pekat..
Biarkan santan sebati dengan bahan B tadi sehingga sedikit kering masukkan ayam masak seketika
Time ni boleh la letak garam,gula perisa tambahan secukup rasa ye
( masak sehingga ayam separuh masak ye kemudian angkat asingkan kuah baki ayam percik untuk proses pembakaran ayam pula ye)

Saat si mulakan kepakaran korang untuk lekatkan api secara tradisional..hehehe
Saya lebih suka guna pakai arang untuk bakar ayam..lebih klasik pstt sebenarnya mak tak pernah ajar guna oven pon..masa kecik kecik oven takda orang susah..hehe owh sekarang senang ke??? Tak la senang sangat..cukupla bersederhana hepp banyak celoteh pulak sambung balik

Ok setelah siap bara mula la start letak ayam yang dimasak separuh tadi atas bara
Ambil baki kuah ayam percik tadi dap dap macam touch up make up guna serai yang di ketuk hujungnya ye..bukan guna brush make up marah makk!!

Buat sampai abis baki kuah..(tinggal cikit kuah untuk yang tak suka makan kering dengan nasi ye)

KEMUDIAN BOLEH LA DIHIDANG BILA RASA GERAK HATI AYAM TU DAH MASAK K ^_^



















Enak dihidang bersama nasi panas @ sirap limau ice..slrpppp





Selamat mencuba untuk korang..rasa malas beli je kat pasar malam Wee!

Thursday, 14 February 2013

UDARA SEGAR DI GENTING HIGHLAND

´
Assalammualaikum,

Pagi jumaat yang indah ni ada sedikit kesempatan saya nak share sedikit kenangan manis waktu berkunjung ke pusat peranginan terkenal di Malaysia di ye tak lain tak bukan kota keriangan untuk seisi keluarga..tapi bagi saya budak budak lebih happy bila tengok banyak permainan di sana..


Tanpa bercerita panjang saya hanya bercerita melalui gambar sajalah..bak kata pepatah biar gambar berbicara..boleh ke??


Jom kita tengok..

Untuk anak anak mama bila kamu semua dah besar jadikan blog tak seberapa mama ni sebagai tatapan kenangan untuk melihat apa yang kita lakukan bersama waktu kamu semua kecik2 ye..

Waktu ni seingat mama kamu bertiga demam..so abah bawa jalan jalan kat sini..balik terus sihat..hrmmm Alhamdulillah


Maaf ye ada terlalu banyak gambar tapi kebanyakkannya gambar saya tidak berhijab.. :)







Waktu ni sejuk sangat..boleh tengok kabus di belakang tu..fuhh 
sejuk grrrrr tapi happy!!


Naik kuda berpusing sampai pening dan naik lagi hahaha






Sen

Kudaku lari gagah setempat..ayuh lari..ayuh kudaku lari ..opss tapi bayar dulu baru boleh lari ye




Muka puas hati menghabiskan duit tabung mama hahaha ( joking ajew)




Diluar kota keriangan Genting highland! Nak tidur sini kena booking awal ye kat ternet..sama yang datang sini terus gedik buat muka riang gi kuanter minta bilikk..sediss ouls tidak akan dilayan..bilik tak ada.. Ini berdasarkan pengalaman hokey..huhu padan muka




Sejukla gesel gesel cikit kat abah la..kasi hot..leh kan abah hrmm dapnyer




Tunggu giliran kanak kanak rebina nak naik weee sonokheyy




We are here!




Sesejukkk la mama..apa la kasi kitew pakai baju seksi naik Genting grrrrrrr sejukk tapi syiokkk Abah!!




Lagi dan lagi laju kakakku..owh yeah abah cium cikit hehehe




Menonggeng punya tonggeng sampai mama snap pon tak pasan

INTAN PAYUNG DUNIA SAMPAI AKHIRAT

´
Assalammualaikum,

Menginjak umur 28 tahun ni..dengan izin Allah saya dikurniakan 3 orang puteri yang comel dan sungguh penuh keletah..


Walaupun ketiga tiga nya dilahirkan melalui pembedahan..sakitnya hanya Allah saja yang tahu

Tapi bila saja lihat wajah baby yang ada di sebelah..Alhamdulillah rasa lega sangat..

Gambar di diambil masa awal tahun lepas..so cute kan diorang ^_^




              Time ni di Hyaat Regency Kuantan




Time ni pulak kat rumah opah..walaupun selalu kena gigit nyamuk tapi tetap best kan..hehe





Gambar ni pula waktu petang penghujung tahun 2012 di Pantai Feringgi di Pulau pinang..
Berjalan tepi pantai sambil kunyah kacang rebus..best sangat












Time ni makan donut kat plaza Massalam..donut pilihan semesti color PINK!!!







Yang tomei manja alahai sangat dengan abah namanya Reyshal

Profile masih pelat bercakap walau dah beso tapi cute bila cakap,suka berpossing,tapi kuat malu depan camera aje tak malu






Yang ni si manis namanya Mina

Profile : suka berlakon sorang2 ,celoteh aka mengadu kuat huhh,suka fink aka pink






Yang ni Zohra hrmm lupa la letak watermark :(

Profile : penyabar,baik hati,suka jaga adik,suka jadi kan adik mangsa buli hehe




Ini pulak gambar mamanya yang gedikss nak interprem jugak..cibuk je kan..

Sudah berusia..tak remaja lagi tapi masih dianggap yang bongsu hehehe

Wednesday, 13 February 2013

KUIH SERI MUKA

´
Assalammualaikum,

Entry kali ni saya nak share sedikit salah satu resepi kuih tradisional yang tersangat saya suka dan telahpun beberapa kali buat dengan jayanya untuk di santap hehehe

Mungkin korang kat luar sana pun teringin untuk mencuba sendiri resepi ni memandangkan kalau kita beli kat kedai kebanyakannya terlalu banyak 'kekurangan' lebih lebih lagi kalau dapat orang yang seleranya cerewet cikit..hrmmm.. Macam siapa ye??

Ok tanpa membebel tanpa sebab lagi saya sharekan gambar ye..dari hasil air tangan saya yang tak seberapa ni..walaupun tak nampak berapa cantik..insha allah atas resepi dari teman fb yang saya gunakan memang sedap dan superrrb..


100% air daun pandan..so baunya semerbak satu rumah jangan cakap..rasa sungguh wangi!


Saya suka tekstur yang agak lembik lembik sikit..tak begitu keras tak begitu lembik sangat


Posted via DraftCraft app


SUMBER : Puan Norhaslinda Bugal


Bahan-bahan

BAHAN LAPISAN BAWAH
500 gram beras pulut
400 ml santan (sederhana pekat)
1 sudu teh garam
2 sudu teh minyak masak

BAHAN LAPISAN ATAS

120 gram tepung gandum*
3 sudu besar tepung jagung*
140 gram gula pasir
3 biji telur Gred A
450 ml santan pekat
1/2 sudu teh garam
300 ml air + 4 helai daun pandan (diblender dan tapis untuk dijadikan air pandan)
Pewarna hijau(ikut suka nak bubuh ke x,sebab dah guna daun pandan,dah dpt warna hijau)

Cara membuatnya

LAPISAN BAWAH
Bersihkan beras pulut dan rendam selama 10-20 minit
Toskan beras pulut(sekejap je)
Satukan kesemua bahan2 lapisan bawah ke dalam loyang dan kacau agar minyak masak dapat diratakan
Kukus selama 30 minit
Keluarkan loyang dari periuk kukus,tekan pulut sehingga padat/mampat
Sedia untuk dilapis dengan lapisan atas

LAPISAN ATAS

Ayak bahan2 bertanda*
Pukul gula pasir bersama telur sehingga kembang (pukul sekejap pun ok)
Masukkan santan pekat yang telah dilarutkan bersama garam.Diikuti dengan air pandan dan kacau
Akhir sekali masukkan tepung gandum dan tepung jagung ke dalam adunan tadi.Kacau agar tidak berbiji,kemudian tapis
Tuang adunan tepung ke atas pulut tadi dan kukus semula selama 1 jam atau sehingga masak
Balut penutup periuk dengan aluminium foil atau kain bersih supaya air kukusan tidak menitik di atas permukaan kuih
Sejukkan betul2 sebelum dipotong
Potong menggunakan pisau plastik atau pisau yg disapu sedikit minyak masak






Ok selamat mencuba!

Sure boleh buat punya..

VCO @ MINYAK KELAPA DARA

´
Assalammualaikum,

Hari ni saya nak share sikit apa makanan seharian yang wajib diambil untuk tubuh badan kita..
Tau tau je la kan zaman sekarang banyak makanan yang kita ambil semua berasaskan segera so cara pembikinan pulak banyak yang disegerakan jadi bahan kimia yang tak baik untuk badan pun di letak sekali..

Banyak peratusan sekarang yang menghidap pelbagai penyakit kronik..haa ni yang saya elakkan untuk diri sendiri keluarga dan anak anak..

Memang saya setuju ramai ibu bapa yang sibuk mencari rezeki @ duit..tapi buat apa kalau kumpul duit banyak tapi kita lupa untuk bekalkan badan makanan yang berkhasiat kan?
Ok tanpa berceloteh saya tunjukkan salah satu produk yang saya ambil


Vco keluaran catalys

Sebelum ni saya sekeluarga ambil vco keluaran catalys ni..dalam botol ni ada 60 biji softgel so ambil sehari 2 x harga rm39.90
Tapi bagi keluarga saya sebotol ni tahan dalam seminggu je huhu
Anak 3 orang..semuanya pantang nampak botol ni..sure nak bukak dan makan macam tu je..tak yah minum air..diorang suka kunyah..ok berbalik pada tadi..saya dengan suami owh..sebotol ni memang takcukup..

Pengalaman bila ambil sebarang produk vco la ye ikut pengalaman saya..
Ianya akan baiki balik sistem perkumuhan kita..percayalah..
Kedua..kita akan rasa kurang selera makan..
Ketiga..kulit kita nampak semakin bersih dan cantik..lembab aje kulitnya..
Yang keempat..badan semakin bertenaga..itu yg penting..

Mungkin bylk lagi contoh..ianya dapat buang segala toksin dalam badan..
Tapi memandangkan vco keluaran catalys ni tak mencukupi untuk keluarga saya..ia lah bayangkan..sekotak rm39 kan..dalam sebulan tu saya kena beli 4 kotak..huwaa situ dah lari bajet..

Suami saya cakap..cuba ambil yang cecair punya..lebih jimat..banyak lagi..khasiat sama je kan..hrmmm betul jugak kan..jangan asyik nak ikut orang lain makan je kan..ikut tujuan asal..nak sihat ye cik Ckin.. Hehehe

Ok maka produk ini la yang menjadi salah satu yang berada di carta family saya iaitu


Vco keluaran rainforest herb
Harga dalam rm45
Kuantiti : 500ml

Ok antara fakta yang saya dapat copy di google

Anugerah kami daripada tumbuhan sepanjang hayat - Minyak Kelapa Dara

Meningkatkan tahap tenaga dan berguna untuk sindrom  fatik yang kronik

Membantu dalam sistem imun dan mengandungi anti-bakteria, anti-virus dan anti-kulat

Membantu dalam masalah penyakit tiroid, meningkatkan metabolisma dan pengurangan berat badan

Membantu dalam membentuk hipoglisemia dan memperbaiki sistem perkumuhan

Membantu dalam menguatkan struktur rambut dan memberikan perlindungan kepada kulit

Mengandungi antioksida terhadap sistem Gastrousus dan  berkesan sebagai anti-radang

Bagaimana cara saya boleh menggunakan Minyak Kelapa Dara?


Untuk kanak-kanak 2 ke 6  tahun: gunakan sebanyak 2 sudu teh setiap pagi sebagai minuman.

Untuk kanak-kanak 7 ke 12  tahun: gunakan sebanyak 4 sudu teh setiap pagi sebagai minuman.

Untuk Dewasa: ambil 2 ke 4 sudu teh sebagai minuman tambahan setiap pagi.


Bagi mereka  yang kali pertama mengambil Minyak Kelapa Dara mulakan dengan 1 sudu teh dengan setiap hidangan. Sebahagian orang akan mengalami perkumuhan yang lancar untuk beberapa hari. Bagi mereka yang mengalami citarasa  atau perut yang sensitif pula, boleh dicampur dengan jus buah-buahan, yogurt atau ditambah pada hidangan makanan lain seperti Oat yang dimasak.

Minyak Kelapa Dara adalah selamat digunakan bagi ibu-ibu yang mengandung  dan semasa penyusuan bayi.

Digunakan sebagai minyak masak harian: Boleh dicampur pada salad dan minyak masak dan sesuai bagi mereka yang ingin menggantikan minyak masak biasa yang diproses yang digunakan ketika ini.

Kegunaan luaran: Digunakan sebagai pelembab untuk rambut dan kulit atau sapu ditempat yang terkena jangkitan penyakit kulit. Untuk rambut, gunakan/sapukan  sekali ke dua kali seminggu selama 20 minit dan basuh rambut dengan syampu dan bilas seperti biasa.


p/s : bijak membeli menang memakai..so pilihan ditangan kita dan bersesuaian dengan bajet kehidupan seharian :)

Posted via DraftCraft app

Thursday, 7 February 2013

BISKUT RAYA ANEKA KUIH KESUKAAN SAYA

´
Assalammualaikum,

Malam ni saya nak kumpulkan hampir semua resepi yang pernah saya cuba untuk tatapan blog pinkyitujambu..

So insha allah..dimasa hadapan dapat anak anak saya jadikan blog ini untuk tatapan mereka..
Terutama Zohra yang suka sangat bantu saya menyediakan semua menu ni..

Ok tanpa buang masa berceloteh saya paparkan koleksi menu resepi yang saya cuba dalam internet..




Posted via DraftCraft app




Biskut cornflakes madu

Sumber resepi : kongsi resepi

Bahan-bahan ( dalam 60-70 cawan mini cookies )


>250gm cornflakes (kotak kecil)


>125gm butter (1/2 buku)


>1/2 cawan gula perang (tambah kalau suka manis)


>5 sudu makan madu (saya guna golden syrup masa ni sebab tak ada madu)

manik warna warni untuk hiasan

Cara-cara


> Campurkan butter dan gula dan masak atas api perlahan hingga gula larut bersama butter


> masukkan cornflakes ke dalam adunan yang dah cair dan masukkan madu (masa ni saya guna golden syrup)


> adun sampai rata


> masukkan dalam acuan dan taburkan manik warna warni dan bakar selam 10-15 mins atau sampai dasar kekuningan (sekejap saja)


> siap!!







BISKUT TIGA RASA

(saya lupa nama biskut ni hehehe)

Bahan A


>130 gm mentega


>20 gm shortening


>70 gm gula kastor


Bahan B


>30 gm nestum - diramas


>30 gm oat- panggang dan kisar


>30 gm serbuk badam


>20 gm bijan hitam


Bahan C


>25 gm tepung jagung


>10 gm tepung beras


>150 gm tepung gandum


>Hiasan : Ceri merah dan hijau, kuning telur


Cara-cara


Sebatikan bahan A dan masukkan bahan B dan uli rata.

Masukkan bahan C dan uli lembut kemudian canai menjadi kepingan nipis.
Terap dgn acuan empat segi tepat dan sapukan kuning telur dan hias dgn ceri merah dan hijau.

Bakar pada suhu 140c selama 30 minit atau sehingga kekuningan.

**Adunan di atas dapat sikit je, so Ckin Azizan buat 2 adunan sekali.
Dan saya ada campurkan sedikit susu tepung


Selamat Mencuba!








Biskut cornflakes rangup

Sumber resepi :Oven kecil

Bahan-bahan :


>250 gm mentega


>3/4 cawan gula aising


>1 sudu kecil asen vanilla


>1 biji kuning telur


>200 gm cornflakes (diramas sikit) biasa 250gm


> 50gm nestum yang dikisar (saya tambah)


>1 1/2 cawan tepung naik sendiri( biasa 2 cawan)


> 1/2 cawan susu tepung (saya tambah)


Bahan-bahan lain :


mangkuk kertas secukupnya

ceri merah dan ceri hijau sebagai hiasan (dipotong kecil)

Cara-cara :


Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.

Setelah sebati, masukkan kuning telur dan pukul lagi. Kemudian masukkan asen vanilla.
Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yang diramas tadi bersama susu tepung dan serbuk nestum yang dikisar. Gaul sebati menggunkan senduk kayu saja.
Sudukan adunan ke dalam mangkuk kertas dan hiaskan dengan potongan ceri merah dan hijau.
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 20 minit.
Sejukkan biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.







Biskut Susu butter

Sumber resepi : Kongsi resepi

Bahan-bahan ( lebeh 100bj )


2 cwn Tepung Gandum

1 cwn Gula (saye guna icing sugar)
3 cwn Tepung Jagung (saye guna tepung jagung Maizena yg dlm kotak)
2 cwn Butter (1 block 250gm tu)
1/2 cwn Susu Tepung (saye guna susu tepung nespray)
1 sd teh Bicarbonate of soda
1 sd teh Esen Vanilla
(* bhn tidak memerlukan telur)
Cara-cara

Butter dan gula dipukul hingga sebati. Kemudian masukkan esen vanilla. Masukan tepung gandum, tepung jagung dan bicarbonate of soda. Gaul sebati lagi. Baru masukkan susu tepung. Gaul lagi. Canai adunan dan teraplah ikut acuan yg anda suka.

Hiasan diatas biskut terpulang kepada citarasa masing. Disini saye letak chocolate rice sebagai hiasan. SELAMAT MENCUBA.






Lidah buaya

Sumber resepi :Saya dah lupa


Lidah buaya makan sedap..

Makan lagi banyak kali perut sebu.. ^_^



Makan untuk petanggg ini..kalau lapar lagi xtau laa


>500gm tepung


>1 biji telur


>2 sudu margerin


>sedikit garam


>160ml air(saya gantikan dengan santan pekat)


>**6 sudu tepung jagung**


>**6 sudu minyak**


Cara-cara


Satukan bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.

Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit..& kalau keras, tambah air)
Uli doh supaya jadi nipis. Off coz akan dapat size yang lebar. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai. **note: kalau buat canai besar, kita akan dapat kuih yang besar & cepat habis kerja :D
Sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan paste tepung jagung..sapu rata.
Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari. Amik ketul kecil tadi & canai leper.
Goreng hingga kekuningan & sira dengan gula halus. Simpan dalam bekas kedap udara.


Selamat mencuba!!








Biskut arab susu

Sumber resepi : sinar kehidupan

2 cwn Susu tepung ( biasa guna susu nespray)

2 cwn minyk sapi-(tak perlu di cairkan dulu)
sedikit garam
7 cwn tepung gandum(di ayak)
ceri merah secukupnya-potong kecil2
** Gula aising ( utk gaul biskut bila dah masak sahaja)

Cara-Cara

Campurkan susu tepung+minyak sapi+sedikit garam, gaul sebati
Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh.
Bentukkan doh menjadi bulat2 kecil, hias dgn ceri dan bakar hingga masak ( 15-20min) pada suhu 180 C.
Bila dah masak, sejukkan sebentar dan gaul dengan gula aising..siap!








Biskut almond london

Sumber resepi : my kitchen

Bahan A


180 gm mentega

70 gm shortening
1/2 cawan gula halus
1/2 sk esen vanila
1/4 sk garam

Baan B


2 1/2 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung kastad
2 1/2 cawan tepung beras

Bahan C


Badam bakar (potong 2)


Cara


Kacau bahan A hingga sebati.

Masukkan bahan B sedikit demi sedikit.
Uli sebati sehingga menjadi doh
Ambil sedikit adunan,isikan dengan badam bakar.
Bakar selama 25 min pada suhu 175C.
Selepas biskut sejuk celupkan ke dalam coklat cair yang di masakkan secara double boiler.Hias dengan badam cincang.
Masukkan ke dalam cawan kertas