Saturday, 20 April 2013

KG AKU SEMAKIN TURUN!!

´
Assalammualaikum,

Jeng..Jeng..Jeng.. Hari ni aku nak cerita sikit pasal result "diet seimbang" yang telah aku amal sejak 30.4.2013 yang lalu..

Uish..dah lama jugak aku tak timbang..
Bukan apa malas la aku nak pi seret kaki pi tempat timbang 20 sen tu
Almaklum la time tu aku tak mampu nak beli lagi digital scale mcm bawah ni hehehe

Akhirnya dengan nekadnya aku mintak duit kat laki aku mintak beli benda alah ni
Alhamdulillah laki aku bagi..

Maka sesi mencari penimbang di kuatkuasakan..
Cari punya cari aku berminat dengan penimbang dari COSWAY ni..

Tapi susah bebenor nak mencari stok digital scale ni sebelum jumpa yang brand cosway ni

Dari segi kualiti..( nak yang boleh kira bmi,kalori,berat air,berat lemak)
Harga berpatutan( digital biasanya rm100 -200 keatas)

Akhirnya..aku jumpa juga..hehehe
Itu pun jenuh aku mendail no tel setiap stokis kebanyakannya tak simpan stok
Kena order..paling cepat pun seminggu..katanyer....

Sekitar shah alam jangan mimpi la nak dapat..
Akhirnya aku tel stokis ampang point..
Amoi tu cakap ..owh ada,.ada..tinggal lagi dua..

Aku melompat kegirangan laa...
Hehehe
So semalam aku pi umah mak aku ,singgah jap pi ampang point..
Amoi tu sorok untuk aku satu..yang lagi satu oang dah rembat..haaa lega aku
Disaat aku mendakap digital scale ni..nampak macam perak semacam kan..hehe

Sebenarnya bagi sesiapa yang tengah proses berdiet macam aku ni..
Tak kira la diet pa pun..
Mesti penimbang berat menjadi teman setia..

Tak caya??
Test la sendiri hehehe

Ok tanpa buang kudrat aku menaip ..
Aku nak tunjuk serba sedikit pic digital scale yang aku beli ni..




Ok ni gambaran dari luar kotak ..
Baru beli..agak berat sikit.jenuh nak seret..
Tapi seret dengan penuh girang tak la rasa berat..hehehe

Harga??
Semalam aku beli harga rm83 tapi sebelum tu kena jadi ahli.. Daftar ahli rm30 je..
Harga bukan ahli rm189 gitu..mahai..

Ye la mahei.. LED beb..
Istimewanya...

Benda alah ni boleh..

Timbang berat la..
Tahu kalori aku..
Berat lemak..
Berat air ke..
Berat tulang ke...

Semua segala berat la...
Hehehe...benda alah ni pun berat gak..





Cer tengok..kalori aku..kira standart la tu..aku tak la gemuk mana pun cuma nampak debab dan muncit aje..hehe..
Tapi manusia ni memang tak pernah puas..cisss.

So aku  mau badan aku lebih fit dan sihat..wallaaa..

Tak mau nampak bawah lengan gedebeh macam apa tah..boleh buat tinju..hehehe




Yang ni pulak berat aku..
Tapi ikutkan fakta berat ni tak dikira la..

Ceh..masih mau nafikan la tutak puas hati la tu..
Nehiii..nehiii..mungkar..

Takde la..aku bukan saje bagi alasan tapi memang kalau korang cari fakta pun..

Memang time period tak sesuai ditimbang..
Kerna badan kita dalam ketegori " water retention"  gitu...

Sebab?? Sebab??

Aku timbang masa aku tengah period..
Hrmm..ok sini aku kasi satu fakta tentang cara cara untuk timbang..

Waktu yang sesuai untuk timbang..

Waktu dimana.. Kita bangun tidur waktu pagi ..pergi kencing dulu.. 
Haa waktu ni sesuai untuk timbang..

Waktu yang tak sesuai..

Waktu period..masa ni takungan air dalam badan banyak..
Waktu ujan..hahaha xde la..gurau je..
Waktu malam..
Selepas makan..
Selepas minum..
Selepas workout..
Time sakit..

Jangan la ngada ngada nak timbang.. Nnti kau tension bagai nak rak....

Tapi aku suka la jugak semalam aku timbang berat aku 63.7 
Ye la dari 3 minggu lepas berat dalam 65 kg..
Seminggu lepas tu 64.2 kg
Berapa la ye berat aku kalau lepas period ni..hehehe
Mesti turun lagi..sukeeee..

Yang pic orang berdiri buat tangan melengkung tu..
Maknanya..
Berat aku normal..
Kalau gemuk..lain bentuknya..memacam la..

Tapi takpe dulu target aku seminggu 1 kg..
Tapi kalau dalam sebulan 2-3 kg turun pun 

Alhamdulillah!!!

Usah terburu buru..mau kejar apa meyh!!!
Aku bukannya masuk contest pun..bukan nyer retis pun..hehehe

Nasi makan..makan 5x sehari..
Kira diet seimbang ni ok la jugak..


Monday, 15 April 2013

JENIS MAKANAN SEMASA AKU BERDIET

´
Assalammualaikum,

Hari ni aku nak menceritakan sikit mengenai jenis jenis makanan yang aku ambil sekarang..
Al maklumlah aku kan sekarang tengah lakukan diet seimbang meyh..

"perhatian walaupun makanan dibawah ni membantu diet aku seharian..namun harus diingat.. NASI adalah makanan utama aku setiap waktu lunch ye..sumber karbohidrat dalam nasi tu penting ye untuk beri kita tenaga "

Aloolo..mesti ada yang mulut terjuih dok kata 

"ish ckin tu nak diet pon sibuk bg tau kat orang sana sini.." ckin tu hari tu dok popular sampai masuk surat khabar minum jusmate la..pastu dok jual sd11 la..la ni dok kecoh pasai diet seimbang pulak"

Aku tidak memaksa untuk korang membaca..
Rasa kurang selesa..tinggalkan dari pandangan mata kamu..
Sebenarnya..
Aku nak maklum kat sini..aku jugak macam manusia lain insan yang suka mencuba cuba..
Selagi tak serasi dengan gaya hidup aku..maksud aku bukan la produk2 dipasaran ni tak serasi..serasi..cuma ada masa aku jugak tak la mampu tiap bulan nak beli produk beratus ratus rm nilainya ni..
Lagi pun sampai bila..aku nak bergantung prinsip takda produk sebegini AKU AKAN GEMOK
So aku terus mencari..cari selongkar ilmu pa yg ada

"Info seperti BANNER KEVIN ZAHRI yang korang nampak sebelah kanan korang tu color biru tuu..tuu haa nampak? Nampak..ok.. Itu antara tips yang terbaik..korang boleh klik dan beli ebook tu..murah je berbanding produk yang beratus ratus harganya.. Yang ini ilmu semata mata..bermanfaat sangat ye"


Tujuan aku dok gebang sana sini bukan la nak nunjuk nunjuk nak cari popular ye

Hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman dan sedikit ilmu agar sesiapa yang ada masalah macam aku ni boleh ikut sama..
Tapi terpulang la pada pandangan masing masing..
Siapa la aku untuk menunjuk nunjuk..



* ALAHAI PIC TERDELETE LA PULAK..SENTAP WOO..SUSU SKIM DARI SUNLAC TERBAIK UNTUK YANG KIRA KALORI YANG RENDAH  SERTA PROTIEN NYA YANG TINGGI






WHOLE GRAIN..YANG INI AKU BIASA AMBIK 1 PCS KEKADANG PAGI..KEKADANG MALAM CECAH NGAN MILO 0 PANAS
KENYANG WOO JUMLAH KALORI 2 PCS 133 KALORI 




FITNESSE & FRUIT. AKU BARU BELI TADI KAT SPEEDMART..BOSAN LA ASYIK SARAPAN DENGAN ROTI WHOLE GRAIN JE.. SO KALI NI UBAH ANGIN PULAK START ESOK MAKAN NI BERSAMA DENGAN SUSU SUNLAC TADI.. BOLEH CUBA COZ MEMANDANGKAN JUMLAH KALORI NYA TAK BERAPA TINGGI.



GREEN TEA.. ANTARA MINUMAN YANG WAJIB AKU AMBIL SELAIN AIR MINERAL..KHASIATNYA UNTUK BUANG TOKSID DALAM BADAN..SELAIN MEMBANTU BADAN KITA MEMBAKAR KALORI ..
TIP TERBAIK AMBIL GREEN TEA SEMASA KORANG TENGAH BERSENAM SURE BERGANDA NILAI KORI YANG TERBAKAR HEHEHE 




JACOB HI FIBRE..DIKETEGORIKAN SEBAGAI PENYELAMAT AKU SEMASA KELAPARAN SEMASA DI LUAR RUMAH..KEKADANG WAKTU MAKAN TU TAK SEMPAT JADI UNTUK ELAKKAN PERUT BERBUNYI ( tak baik tu tau) JADI AKU AKAN AMBIK NI.

DINASIHAT  ELAKKAN  SAMPAI PERUT KORANG LAPAR TAHAP GABAN YE..SUPAYA BILA TIME MAKAN SETERUSNYA KORANG TAK MAKAN DENGAN GELOJOHNYA SAMPAI KALORI MELAMBUNG LAMBUNG



MAKAN..MAKAN JUGAK..TAPI JANGAN LUPA BERPELUH YE..SUPAYA APA YANG KITA MAKAN SEHARIAN SEIMBANG ..NAMA PUN DIET SEIMBANG..HEHEHE

ANTARA SENAMAN YANG AKU BUAT SETIAP HARI
* TABATA
* INSANITY
* KARDIO
* BERJALAN LAJU SEJAM SEKITAR TASIK




Peluh pun nak nunjuk..hehehe aku suka tunjuk hasil apa yang aku buat..walaupun peluh membasahi baju ku..cewahh .. Alaa aku cuma nak share je dengan korang kerana hasilnya..

                         TARAAAAA !!!



AKU RASA LA ..AKU RASA YE..SELUAR JEANS YANG AKU DOK TAYANG ZIP TAK BOLEH TANGKAP MUAT TU AKU DAH PAKAI MALAM TADI PI KEDAI MAMAK MAKAN CAPATI..HEHEHE

MUAT WOO DENGAN BER ZIP YE..HEHEHE
ALHAMDULILLAH..
BERAT???
Aku tak timbang gi..relaks baby..
OK TATA SEMUA BABAI

Monday, 8 April 2013

Latihan Tabata: 4 minit yang NERAKA tetapi Super!

´
Assalammualaikum,

Entri ini merupakan sambungan kepada entri lepas yang menceritakan serba sedikit apa itu Latihan Interval (Interval Training, HIIT) dan kebaikkannya untuk meningkatkan kesihatan jantung (stamina) berkali-kali ganda dan penurunan berat lemak secara total dalam satu sesi senaman yang pendek. Kali ini, aku ingin menceritakan pula salah satu rejim senaman paling TERBAIK dalam sejarah HIIT, paling tip top, paling singkat (hanya 4 minit dalam satu sesi dan kesan adalah sama seperti berjogging 40 minit), tetapi paling NERAKA! Ya, aku amat bermaksud dengan istilah NERAKA, kerana ternyata ia merupakan 4 minit yang amat menyeksakan yang pernah anda alami. Memperkenalkan kepada anda, Kaedah/Latihan Tabata.

Apa itu Latihan Tabata? Ia merupakan kaedah senaman (High Intensity Interval Training) yang diolah berdasarkan kajian pada tahun 1996 oleh Dr. Izumi Tabata dan rakan-rakan dari National Institute of Fitness and Sports, Tokyo. Kaedah/protokol untuk senaman ini adalah seperti berikut:

1. Warm-up (memanaskan badan)
2. Senaman yang ultra-intensif pada 170% daripada VO2 (20 saat)
3. Diikuti dengan rehat yang minimal (10 saat)
4. Ulangi langkah 2 hingga 3 untuk 8 set (Jumlah masa = 4 minit)
5. Warm-down (sejukkan badan)

Contoh tabata yang saya follow
Pergi youtube cari (genghisgirl)

Huraian mengenai Kaedah/Latihan Tabata



Latihan Tabata adalah sejenis HIIT yang menerapkan nisbah 2:1. Latihan yang berlangsung hanya selama 4 minit ini (240 saat) terbahagi kepada 8 bahagian atau set. Setiap set pula terbahagi kepada 2 fasa, iaitu fasa pecut selama 20 saat (sprint phase) dan fasa rehat selama 10 saat (rest phase). Kitaran ini berterusan sebanyak 8 kali (Jumlah masa = 4 minit).






Untuk 20 saat yang pertama, anda haruslah melakukan sesuatu senaman itu pada intensiti yang paling tinggi (do it all out!). Sekiranya anda ingin menerapkan latihan Tabata dalam larian, maka dalam tempoh 20 saat itu juga anda perlu berlari pecut sekuat hati seperti Usain Bolt, sebelum diikuti dengan rehat selama 10 saat (boleh berjalan lenggang ‘itik pulang petang‘ sebentar). Apabila jam randik di tangan sudah cukup tempoh 10 saat, anda harus terus berlari pecut lagi untuk 20 saat berikutnya, dan proses ini berulang sebanyak 8 kali. Boleh anda bayangkan?



Keberkesanan Tabata

Menerusi kajian yang telah dilakukan oleh Dr. Tabata, atlit yang menggunakan kaedah ini selama 4 kali seminggu berserta 1 kali kardio konsisten (jogging) didapati mengalami peningkatan kapasiti aerobik* dan anaerobik sama seperti mereka yang pulun berjogging selama 5 kali seminggu. Sedangkan latihan kardio seperti jogging yang biasa mungkin makan masa sekurang-kurangnya 40 minit, tetapi kaedah Tabata hanya memakan masa hanya 4 minit sahaja! Sangat pendek bukan? Sesuai untuk mereka yang berkerjaya dan terlalu sibuk untuk bersenam. Malah iklan di TV3 pun jauh lebih panjang tempohnya daripada itu. Mana nak dapat senaman yang hanya selama 4 minit, kemudian habis sesi senaman untuk hari tersebut. Mungkin anda tidak percaya, tetapi itulah Kelebihan Tabata.

Dipercayai, kesan daripada melakukan latihan Tabata tidak terhad kepada peningkatan stamina sahaja, tetapi pembakaran kalori (menerusi peningkatan kadar metabolisma) juga adalah hampir sama dengan mereka yang pulun berjogging setiap hari. Selepas ni, jangan terkejutlah jika terdengar Senah turun 5kg dalam masa seminggu. Rahsianya? Tabata 4 minit sehari sahaja!

Memetik ungkapan popular berkenaan Tabata – “With only 4 minutes in every 3 days, you can turn your body into a fat-burning super-engine!“

Tahukah anda? Kapasiti Aerobik adalah adalah keupayaan tubuh badan seseorang untuk mengambil oksigen. Lebih tinggi kadar kapasiti aerobik, maka lebih jauh dan lebih lama seseorang itu boleh berlari. Bahasa mudahnya, stamina.

Bersediakah anda melakukan Tabata? (AMARAN!)


Untuk melakukan Tabata, jantung anda haruslah benar-benar kuat, dan betul-betul fit. Sekiranya kalau berjogging selama 20 minit tanpa henti pun dah semput, maka anda mungkin boleh mula melupakan kaedah Tabata ini, sehingga stamina/jantung anda benar-benar mantap menghampiri keupayaan seorang atlit. Anda juga perlu memastikan yang diri anda benar-benar sihat, dan dapatkan pengesahan daripada doktor atau jurulatih peribadi (jika ada) sebelum melakukan Tabata.

Bagaimana untuk Melakukan Latihan Tabata?

1. Pilih 3 atau 4 jenis senaman yang melibatkan otot-otot yang besar. Sebagai contoh, squad, push up, lunge, dan juga sit up.

2. Kemudian setkan masa. Jumlah masa senaman adalah selama 4 minit. Setiap 20 saat anda akan melakukan senaman di atas dengan sebanyak dan sepantas yang boleh. 10 saat berikutnya anda akan berehat. Kemudian lakukan senaman yang seterusnya selama 20 saat.

3. Lakukan senaman ini selama 8 hingga 12 minit. Anda akan merasai perbezaannya berbanding dengan senaman kardio yang biasa.




DIET SEIMBANG KURANGKAN BERAT BADAN PART/MINGGU 1

´
Assalammualaikum,

Rasa minggu lepas aku dah mulakan start diet seimbang dan pandai le sikit2 mengira kalori dlm setiap makanan yang aku ambil

Disini aku sertakan sedikit menu yang aku sempat catit untuk minggu lepas punya
Sebelum aku melantak untuk kemenangan dalam 5 hari aku berjaya buat diet seimbang
Aku pergi timbang berat kat Aeon ampang
Hrmm dari

65kg semasa tarikh 30.3.2013

TERKINI

64.2kg semasa tarikh 6.4.2013

Aku target macam apa yang kevin zahari nasihatkan

LOSS 5 KG 5 WEEK

Rasa semakin hampir berjaya..berat aku kurang 800gram
Sabtu lepas celebrate mak aku punya birthday aku buat cake moist chocolate
Fuhh lemak berkrim tak hengat dunia..
Aku amik sikit je coz aku tak berapa minat coklat..sakit kepala bila makan
Mak aku buat mee rebus..
So bantai la dlm sehari tu tapi malam aku tak amik makanan

Ok hari ni isnin 8.4.2013 aku start balik..
14.4.2013 aku note balik harap ada pengurangan 1 kg lagi kali ni..
Doakan ye..
Kali ni aku nak lebih serius coz next week ibarat
Warm up badan je

Ok antara menu dan senaman yang aku buat

30 march 13

Biskut lemak 2 pcs + milo 0 ( kalori 75kcal)

Petang pizza sekeping + epal 5 gigitan je + kuaci segenggam

Sebelum jam 7pm capati 1 pcs sup kambing + 3 pcs roti benggali + airtea o limau
Lots mineral water

Bakar kalori senaman kardio 15 minit 75 kalori burn
Berjalan selama sejam ( 15mnt=54 kcal) 60 mnt=216kcal

Jumlah terbakar 291 kcal terbakor




1 .4.2013

Pagi bekpes roti whoalmeal 1 pcs + milo 0 ( 50+50kalori)

lunch jm5

Lunch buah epal fuji sebiji + kuaci segenggam (63+40kalori)

Petang makan milo 0 roti whoalmeal 2 pcs (50+100kalori)

Malam nasi lemak ayam sup kambing roti putih (400+130+227+75kalori)

Lots mineral water

Bakar kalori senaman kardio 15 minit 75 kalori burn
Berjalan selama sejam ( 15mnt=54 kcal) 60 mnt=216kcal

Jumlah terbakar 291 kcal terbakor kakakaka


2.4.2013

Pagi bekpes milo 0 dengan roti whoalmeal 1 1/2 pcs 50 + 100

Petang laksa penang 436 telur rebus 70 kalori
Cendol 199

Jogging 1 jam


3.4.2013

Milo 0 + roti whoalmeal 2 pcs

Senaman kardio the biggers looser dari jam 11.30 -12.30pm

Epal 1 biji 63 kalori

Biskut jacab 2 pcs

Nasi 200 sup tulang 75 kailan ikan masin 150

Capati dengan kari ikan


4.4.2013

Pagi kfc 1 ketul kecik 2 sudu kentang
Epal sebiji

Petang Bihun singapore

Malam kambing grill 1 ketul kecil
Green tea

Ada lagi tapi aku lupa note..kali ni aku akan note dengan lebih terperinci hokey
Bab part II aku akan update pada 14.4.2013


P/s : catitan ini bukanlah untuk menunjuk nunjuk..hanya sekadar perkongsian dan peringatan semangat untuk aku dan sesiapa yang sudi juga ingin sihat mengikut diet seimbang dan senaman macam aku ye..harap maklum