Sunday, 28 July 2013

RESEPI NASI MINYAK DAN AYAM MASAK MERAH

´
Assalamualaikum semua yang sudi membaca entry untuk kali ni..

Haa kali ni kita nak share sedikit resepi Nasi Minyak 
Untuk pengetahuan nasi minyak ni kita buat dua hari  berturut turut untuk juadah berbuka puasa..hehe..atas permintaan mak dan anak anak kita yang bila makan sekali 2-3 kali menambah...

So kaedah kejadiannya teramat mudah dan rasa nya sungguh nikmat..
Maklumlah mak dengan anak anak kita agak cerewet bab rasa..bila beli di pasar juadah mula la komplen nasi dibeli tak boleh masuk tekak..

Jadi pendapat kita ada masa luangkan memasak untuk keluarga..lebih bersih..lebih selamat..lebih sihat..dan sedap..dan bertambah kasih sayang..

Ok jom kita terjah resepinya




Resepinya

 4 cawan Beras basmathi taj mahal
Bawang besar 1 biji *
bawang putih 5 biji *
halia 1/2 inci *
Fresh milk ducth lady 200ml (ini saya tambah sendiri)
kiub ayam 2 ketul
Pati ayam 3 sudu besar
Daun pandai 3 helai
Air suam
Minyak sapi
Garam secukup rasa

Yang bertanda * sila tumbuk untuk lebih enak.. Kalau malas blend aje saya tumbuk sampai halus

Rempah tumis

Bunga lawang 2 
Bunga cengkih 4
Buah pelaga 3
Kulit kayu manis 1

Hiasan

Bawang goreng
Daun sup
Daun bawang
Pewarna kuning telur
Pewarna oren

Cara-caranya

Sebelum masak sila on kan dulu rice cooker

Bersihkan beras dan Rendamkan beras basmathi Taj Mahal selama 20 minit
tumiskan bahan yang bertanda * sehingga sehingga naik baunya bersama daun pandan
Didalam kuali dengan minyak sapi
Masukkan beras tadi dan gaul goreng dalam dalam seminit dua
Tutup api dapur
Kemudian masukkan kesemua kedalam rice cooker yang telah di on kan tadi
Masukkan susu ducth lady kedalam ramuan  beras tadi berserta air secukupnya

Kemudian masukkan kiub ayam maggie tadi berserta pati ayam 
Kacau nasi tadi dan pastikan sukatan airnya seperti kita masak nasi biasa
Tutup periuk elak buka ketika proses nasi berjalan..

Tip elak membuka tudung periuk semasa proses nasi sedang masak..nanti nasi tak gebu tak masak

Setelah masak masukkan bawang yang telah digoreng dan daun sup serta daun bawang
Jangan lupa titiskan sedikit pewarna yang disebut untuk kelihatan kebih berseri nasinya

Ok nasi minyak stail kita ni Sedia dihidang bersama ayam masak merah dan acar sayur!!

Dibawah ni kita kongsi pulak resepi Ayam Masak Merah 






Bahan bahan

Ayam seekor potong kecil
Bawang besar 2 biji *
Bawang merah 10 biji *
bawang putih 8 biji *
Halia 1/2 besar ibu kaki *
Lengkuas 1/2 inci *
Serai 2 batang diketuk 
Cili kering diblender 3 sudu
Cili sos 2 sudu
Tomato sos 2 sudu
Puri tomato 3 sudu
Pati ayam maggie 2 sudu
Susu segar ducth lady 100ml/ susu cair
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Kunyit untuk menggoreng ayam
Garam 
Gula
Ajinamoto

Rempah tumis 

Bunga lawang 2 
Bunga cengkih 3
Buah pelaga 3
Kulit kayu manis 1

Cara caranya

Bersihkan ayam dan potong saiz kecil gaulkan dengan kunyit dan garam..
Sedia untuk digoreng
Selesai goreng letak sebelah..

Kita buat kuah ayam masak merah pulak..jom!

Biarkan minyak panas dan tumis bahan yang diblender serta serai sehingga naik bau 
Masukkan cili blender ,cili sos,dan tomato sos  dan tomato puri tumis sehingga garing dan pecah minyak
Kemudian masukkan susu tadi.kemudian kalau nak kuah lebih tambahkan sedikit air
Masukkan garam..gula..dan ajinamoto secukup rasa

Biarkan seketika mendidih 
Setelah selesai masukkan ayam yang telah digoreng tadi gaul sebentar..

Ok sedia untuk diangkat dan dihidang!
Selamat mencuba!









11 comments:

Julie Hayfa said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
my blog said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.