Sunday 23 November 2014

DWARF HOTOT LOVE U SO MUCH -- MY BUNNY XIAN

´

Hye all...
kenalkan ini adalah haiwan peliharaan aku yang terbaru" rabbit "
aku boleh dikatakan amat..amat..amat sayang sangat bunny ni..
serius.. hehe

ok nama dia.. xian
baru umur 9 bulan
antara baka rabbit yang menjadi tumpuan ramai kerana kecomelan dia yang ketot sebab tu la baka dia dinamakan DWARF HOTOT
antara baka yang diiktiraf oleh ARBA 



 Xian ni doe.. so aku perlu cari buck .. tak baik tau biar dia sekor2 itu namanya kejam hehe

tapi kat malaysia ni susah nak dapatkan buck baka ni..
jadi aku pejam mata mengimport terus buck dari negara mat salleh US..
nampak bunyi macam serius kan.. tapi memang aku serius bab kalau dah sayang ni... sanggup belanja besar untuk pastikan ia selamat selasa dan bahagia....

insyaAllah nama pun dah bagi untuk buck ni..
aku namakan Joe JUNIOR akan sampai ke Malaysia bulan 12 ni



yang ni aku bawa xian ke pusat sains negara semalam 23hb Nov 2014 buat sekian lamanya aku bawa dia ke pameran binatang..

dia jumpa ramai kawan2 kat sini.. aku pun tumpang sekaki dapat kenalan dengan ramai pencinta arnab kat sini..
memang best ada program macam ni
 



 apa yang uniknya baka dwarf hotot ni.. tengok mata dia..
ada eyeliner sekeliling mata dia...
dan putih pada seluruh badan dia..
saiznya tak la besar..dan memang sesuai sangat jadi binatang kesayangan kita..




harga??
harga pasaran masa kini..
yang aku beli ni Rm 250 masa tu umur 4 bulan

yang buck aku import tu aku beli agak mahal sikit
Rm 1500 
 
 yang ni pula aku kenalkan mama Isabel hehe
isabel ialah adik beradik kepada Xian.. tuannya nama Intan
kami berkenalan disebabkan xian dan isabel..
best sgt jumpa ramai kawan baru bila ada minat ni...

untuk korang yang minat rabbit jugak
boleh masuk ke group ARNAB COMEL
situ boleh la jumpa aku dengan ramai lagi pencinta arnab yang baka lain...



Update 29 january 2015

Lama sungguh saya tak update mengenai  family Xian yang baru ni
Banyak tau cerita yang baru....

Sekarang ni xian ada seekor lagi kawan betina nama dia kami letak sebagai Tuty...
Dah pin beranak pada 22hb jan 2015....
Dengan pasangannya Kermits
Ada anak 3 ekor lagi gemok2....


Yang ni pic masa first day lahir merah merahkan... hahaha geli masa nak pegang time ni..takut terkopek kulit la...

Tapi tuty pandai jaga anak...ni kali kedua dia beranak...
Dan kali ni dia nampak berisi dan happy berbeza daripada waktu saya ambil dia masa mula2 tu...

Agak kurus dan bulu tak cantik...


Tadaa... la ni tuty dah cantik bulu pun kemas...
Tengok la sebab saya agak cerewet bab pemakanan depa semua ni....

Cakap pasal tuty luoa pulak nak tunjuk anak Xian...

Xian beranak pada 14hb january 2015
Xian lahirkan 2 ekor baby saja tapi yang hidup hanya sekor je....

Day 1


Tadaaaa days 15 comel tak??? Hehe

UPDATE 12 JANUARY 2015

hye all..hari ni rajin nak update pic anak anak bulus saya yang teramat comel ni...


Omei tak...hehehe...
Omei kan....

Meh perkenalkan dari belakang sekali yang nakal tu satu satunya kumbang dalam bunga...
Saya namakan dia ethan..

Yang sederet dari belakang..
Molly anak si Xian..
Tengah .. melly anak tuty
Dan depan tu yang lentik extra vaganza eyeliner tu namanya Sakura....

Hrmmm...seronoknya tengok dorang membesar dengan montelnya...

Tapikan minta maaf penuh page kita dengan soalan jual tak rabbit2 comel ni??
Hahaha.... yg ni tak jual ya sayang...

InsyaAllah next bacth saya akan buat booking order...
Harga yang cantik dan berpatutan akan saya lihat...
Siapa cepat dia dapat ya...
Sebenarnya sedih jugak bab2 nak kasi kat org lain...
Huhuhu..so sy akan tgk mana yg serius nakkan my rabbit ni...saya akan lepaskan..


Taraaaa.... gayatnya mama....
Opsss lupa bagi tau.. hari ni umur omei2 ni  baru 28 hari untuk Molly dan yang 3 ekor tu 22 hari

Best tau time skrg tengok depa lompat2 jatuh golek2 hahaha....

Terapi minda sebenarnya...
K bai nnti saya akan update lagi .. 

4 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
kelinci said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

ya dwarf hotot me too