Saturday, 9 August 2014

RESEPI BIHUN SUP UTARA CKIN AZIZAN

´



Cerita Ahad lepas...
Baru sempat share pic...
Resepi??
Dibawah ni...
style saya...tak tau la utara sangat ke tak..hehe

Bahan bahan

bihun
kunyit hidup/serbuk/pewarna kuning telur
air

Celur bihun sepertu biasa dan angkat

bahan sup

daging batang pinang 1kg
tulang rusuk 1/2 kg
perut 1/2 kg
Buah pelaga 4 biji
bunga lawang 5
bunga cengkih 5
kulit kayu manis 1
bawang besar 1 labu diketuk
bawang kecil 10 biji dihiris
bawang puteh 1 labu
halia diketuk 2 ibu jari
kiub lembu 3
air asam jawa
limau nipis 1 biji
air untuk rebusan
Serbuk Lada hitam

caranya

didihkan air separuh periuk
lepas didih masukkan daging perut dan tulang
masukkan halia yang diketuk bersama sedikit garam
biar mendidih
kemudian baru masuk air lagi separuh biar penuh periuk
masukkan bawang besar dan bawang putih yang diketuk tadi
masukkan kiub lembu tadi
didalam kuali lain tumis bawang kecil dan rempah tumis tadi hingga naik bau
dah selesai masukkan dalam periuk tadi
kemudian buarkan mendidih..masukkan perahan air asam jawa dan sedikit jus limau nipis
Letakkan serbuk lada hitam
Kemudian rasa..kalau tak cukup garam masam boleh tambah kan secukupnya..

dah siap bab sup

Bahan hiasan

daun sup
daun bawang
lobak manis
tauhu goreng
kacang tumbuk

Bahan cili sambal

cili kering blender 10 sudu
gula secukupnya
air asam jawa
bawang kecil 1 biji dihiris

caranya...

tumis bawang kecil hingga naik bau
masukkan cili blender hingga naik minyak
masuk gula dan air perahan asam jawa
tumis sampai likat...
dah kaut masuk mangkuk

Actually kin masa buat ni main masukkan je ikut kaya hati...so malas nak menyalin resepi..tu amnik masa lama nak tulis hehe...

cuba la ye..kalau sedap boleh jamu pada tetamu time open house..