Assalamualaikum semua
Alhamdulillah bulan syawal ramai yang membuat open house
Moga murah rezeki kalian..
Perut pun makin membolat hehe akibat open house juga
Tapi tak pe la..
Raya setahun sekali..
Time ni la nak beramah mesra dengan lebih erat lagi..
Cakap pasal open house..
Tadi sahabat dari kita kecik lagi buat open house..
Bercot cet cot cet dengan dia dalam sms...
Terbuka kata pulak dia teringin nak makan cupcake yang pernah kita buat untuk dia dulu...
Kali ni memandangkan dia mak buyung..
So wajib kena buat..
Nanti meleleh air liur baby dia kang kikiki
Jadi dengan rela hati...senang hati...
Memandangkan kami kat rumah ni teringin juga nak makan...
Jadi kita buat la tengah hari tadi...
Cupcakes yang kita maksudkan
Hokaido Cupcakes.. Yummy!!
Okey bahan bahannya..
4 biji kuning telur
30 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar kita guna susu ducth lady
40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
55 gm tepung cake
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder
4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
70gm gula caster
Okey jom start!!
Panaskan oven pada suhu 170 C
Atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras
Atau boleh juga gunakan cawan muffin
Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder.
Kemudian di ayak 3 kali
Sebahagian Kek yang telah siap di bakar..tak berapa penuh kali kedua bakar ni..adunan nak habis so kena kasi sama banyak.. :)
Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje
Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata
Dalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaaan kering
Pukul putih telur dan garam hingga berbuih
Tambahkan 70gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks)
Bila terbalikkan adunan tak jatuh ye...
Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.
Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik
Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama
Tuangkan adunan dalam cawan kertas anggaran 80% penuh
Hentakkan sedikit cawan kertas utk mengurangkan gelembung udara pada kek
Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit
Keluarkan dari oven bila kek masak
Hentakkan bekas cawan kertas sekali lagi dan biarkan kek sejuk
Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.
Jangan letak penuh adunan dalam bekas cawan ye
Cara buat sos kastard pula
Bahan bahannya..
1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila
Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam mangkuk.
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi. .
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi.
Masak sehingga pekat.
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata.
Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.
Hiasan..
Boleh taburkan gula halus diatasnya..
Dan sedia untuk dihidang!!
Yummy
Sungguh mudah untuk disediakan..
Beri anak anak makan