Sunday 28 July 2013

RESEPI BISKUT UNTAIAN KASIH

´

Assalamualaikum semua!!

Hokey mood membaking biskut muka datang..tapi mood tak berapa ok..gagah je ni coz barang dah beli..huhu

Kali ni raya kita try buat biskut keluaran baru..jeng jeng...

Biskut untaian kasih!!
Baru ke??
Atau kita aje yang baru tau..Huhu
Ada nama lain juga memacam la kita tengok..
Mak kita kata biskut tonggek..
Anak kita kata biskut pacat kenyang..
Memacamkan...





Untuk sekian kalinya..masuk kali kedua kita try buat biskut ni..
Kejadian waktu lepas bakar tu tak serupa bikin..kembang lebar aje..
Lepas bakar amik taruk dalam balang sambil pejam mata..nyampah...
Hrmm..mungkin aduan terlalu lembut..
Atau tepung jagung lebih kot??
Itu kena tanya pakar...
Ada sesiapa boleh jawab tolong bagi tau ye hehehe



Tak puas hati kita buat juga kali kedua esoknya..
Hrmm..setelah buku kajian dibuat..tolak tambah darap tolak balik..
Akhirnya jadi jugak..cuma kita agak lain kali beli acuan tembaga sebab bunganya lebih tajam dan hasilkan bunga yang cantik




Tapi setelah separuh adunan di tonggekan menjadi..penat la pulak..
Kita tukar ke acuan semperit pulak hehehe...
Ikut suka je kan...
Suka kita tengok bunga ni..
Acuan nya dari tembaga..
Memang best!
Taraa dah dapat 2 jenis biskut dah...dasar pemalas la kan..kata mood tengah bergelora didalam kalbu..





Yang ni kejadiannya setelah dibakar..bunganya macam nak turun sikit..lain kali aduan tu kena ubah sikit..tetapi rasanya kata mak sedap..gebu gitu


Ok resepinya dibawah ni

Bahan bahan

Buttercup 250gram
Gula halus 1 cawan kalau tak nak manis kurangkan sedikit gula macam kita :)
Secubit garam
kuning telur 1 biji

Tepung jagung 1 1/2 cawan
Tepung ubi 1 1/2 cawan
Susu nespray 4 sudu
Tepung gandum  1 1/2 atau sehingga aduan sesuai

Cara penyedian

Putar buttercup dengan gula dan secubit garam sehingga gebu 
Masukkan telur putar sehingga gebu dan adunan menjadi putih

Guna spatula masukkan tepung jagung dan tepung ubi sedikit demi sedikit
Masukkan susu tepung nespray
Masukkan tepung gandum untuk jadikan adunan sesuai untuk di buat bentuk
Setelah adunan sebati semua..mula lah proses membuat bunga..
Bakar pada suhu 150 darjah selama 15 minit.. Ikut kesesuaian oven memasing ye..

Untuk tip kita..cuba buat satu biskut dulu dan bakat..
Jika bunganya jatuh..semasa proses pembakaran tambahla tepung sikit demi sedikit.

Ok selamat mencuba ye pada yang sudi membaca!!
Terima kasih  sudi membaca entry ini
Assalamualaikum!

RESEPI NASI MINYAK DAN AYAM MASAK MERAH

´
Assalamualaikum semua yang sudi membaca entry untuk kali ni..

Haa kali ni kita nak share sedikit resepi Nasi Minyak 
Untuk pengetahuan nasi minyak ni kita buat dua hari  berturut turut untuk juadah berbuka puasa..hehe..atas permintaan mak dan anak anak kita yang bila makan sekali 2-3 kali menambah...

So kaedah kejadiannya teramat mudah dan rasa nya sungguh nikmat..
Maklumlah mak dengan anak anak kita agak cerewet bab rasa..bila beli di pasar juadah mula la komplen nasi dibeli tak boleh masuk tekak..

Jadi pendapat kita ada masa luangkan memasak untuk keluarga..lebih bersih..lebih selamat..lebih sihat..dan sedap..dan bertambah kasih sayang..

Ok jom kita terjah resepinya




Resepinya

 4 cawan Beras basmathi taj mahal
Bawang besar 1 biji *
bawang putih 5 biji *
halia 1/2 inci *
Fresh milk ducth lady 200ml (ini saya tambah sendiri)
kiub ayam 2 ketul
Pati ayam 3 sudu besar
Daun pandai 3 helai
Air suam
Minyak sapi
Garam secukup rasa

Yang bertanda * sila tumbuk untuk lebih enak.. Kalau malas blend aje saya tumbuk sampai halus

Rempah tumis

Bunga lawang 2 
Bunga cengkih 4
Buah pelaga 3
Kulit kayu manis 1

Hiasan

Bawang goreng
Daun sup
Daun bawang
Pewarna kuning telur
Pewarna oren

Cara-caranya

Sebelum masak sila on kan dulu rice cooker

Bersihkan beras dan Rendamkan beras basmathi Taj Mahal selama 20 minit
tumiskan bahan yang bertanda * sehingga sehingga naik baunya bersama daun pandan
Didalam kuali dengan minyak sapi
Masukkan beras tadi dan gaul goreng dalam dalam seminit dua
Tutup api dapur
Kemudian masukkan kesemua kedalam rice cooker yang telah di on kan tadi
Masukkan susu ducth lady kedalam ramuan  beras tadi berserta air secukupnya

Kemudian masukkan kiub ayam maggie tadi berserta pati ayam 
Kacau nasi tadi dan pastikan sukatan airnya seperti kita masak nasi biasa
Tutup periuk elak buka ketika proses nasi berjalan..

Tip elak membuka tudung periuk semasa proses nasi sedang masak..nanti nasi tak gebu tak masak

Setelah masak masukkan bawang yang telah digoreng dan daun sup serta daun bawang
Jangan lupa titiskan sedikit pewarna yang disebut untuk kelihatan kebih berseri nasinya

Ok nasi minyak stail kita ni Sedia dihidang bersama ayam masak merah dan acar sayur!!

Dibawah ni kita kongsi pulak resepi Ayam Masak Merah 






Bahan bahan

Ayam seekor potong kecil
Bawang besar 2 biji *
Bawang merah 10 biji *
bawang putih 8 biji *
Halia 1/2 besar ibu kaki *
Lengkuas 1/2 inci *
Serai 2 batang diketuk 
Cili kering diblender 3 sudu
Cili sos 2 sudu
Tomato sos 2 sudu
Puri tomato 3 sudu
Pati ayam maggie 2 sudu
Susu segar ducth lady 100ml/ susu cair
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Kunyit untuk menggoreng ayam
Garam 
Gula
Ajinamoto

Rempah tumis 

Bunga lawang 2 
Bunga cengkih 3
Buah pelaga 3
Kulit kayu manis 1

Cara caranya

Bersihkan ayam dan potong saiz kecil gaulkan dengan kunyit dan garam..
Sedia untuk digoreng
Selesai goreng letak sebelah..

Kita buat kuah ayam masak merah pulak..jom!

Biarkan minyak panas dan tumis bahan yang diblender serta serai sehingga naik bau 
Masukkan cili blender ,cili sos,dan tomato sos  dan tomato puri tumis sehingga garing dan pecah minyak
Kemudian masukkan susu tadi.kemudian kalau nak kuah lebih tambahkan sedikit air
Masukkan garam..gula..dan ajinamoto secukup rasa

Biarkan seketika mendidih 
Setelah selesai masukkan ayam yang telah digoreng tadi gaul sebentar..

Ok sedia untuk diangkat dan dihidang!
Selamat mencuba!