Monday 20 May 2013

Shaklee dan kolestrol jahat! Anda adalah apa yang anda makan

´
Assalamualaikum,

Memandangkan aku tengok di zaman sekarang ni ramai golongan masih muda terjebak dengan penyakit yang merbahaya..

Jangan tak percaya!
Ikut kajian di Malaysia status penghidap penyakit merbahaya dibawah ni
*Ada sakit jantung
*Kencing manis
*Kolestrol tinggi
*Darah tinggi

Lingkungan umur mereka dalam 18-30 tahun!!!
Ya Allah terlalu muda...
Berbanding umur 40 tahun keatas berpuluh tahun yang lepas..

Dan saat ini aku selalu tekankan dalam diri aku dan anak anak...

"anda adalah apa yang anda makan"

Ini aku setuju betul...


Dan 80% jangka hayat umur yang menghidapi penyakit ni
Kebanyakkannya jangka hayat mereka tak menggembirakan..
Dan dari kajian
Kencing manis boleh singkatkan sehingga 25 tahun usia pesakit

Jadi aku ambil keputusan untuk buat medical checkup dekat klinik
Hrmm aku rasa kali terakhir aku check klinik tahap kesihatan aku tu pun
Masa aku beranakkan Reyshal 2 setengah tahun yang lepas...
Buruk kan perangai...
Nampak sangat tak berapa nak serius sangat tentang kesihatan diri..
Waktu tu aku pikir..
Alah aku kan muda lagi....( p/s please jangan berfikiran macam ni)
Penyakit sekarang tak kenak usia..

Asyik dok fikir cantik luaran je..
Boleh habis beratus ratus untuk produk kecantikan luaran
Yang dalaman biarkan...
Salah tau cam gitu...

Tapi semenjak dua menjak ni aku dah mula berubah...
Aku harap perubahan ni berterusan..
Semenjak aku tengok diri aku gemok hari tu
Saat 30 mach hari tu...
Aku mula buang sikit demi sikit perkara yang negatif...

Banyak benda positif yang pertama kali aku buat
Paling banyak dalam hidup aku..
Semuanya demi anak anak...

Bagi aku
Aku tak boleh sakit untuk besarkan diorang...
Aku sakit..mereka pun sakit..
Jadi aku perlu sihat dan cergas!!
Yeah!!!








Kat sini kelihatan darah aku cair sikit..so dr nasihatkan aku ambil banyak kekacang..sayur hijau bayam..brokoli..dan banyakkan ambil buah zaitun..buah tin..telur kuning omega..






Kt sini pulak..kelihatan aku punya kolestrol jahat tu naik sikit..walaupun tak banyak..tu tak bagus untuk badan..
Dr minta aku banyakkan ambil oat..jadi semalam aku dah beli oat dan makan 3 x sehari..
Dalam sebulan akan datang aku akan check balik..





Sebagai alternatif lain...buat pertama kali aku mencuba produk shaklee
Omega guard untuk tambahkan darah aku..selain omega seafood jugak boleh membantu..
Buat yang alah seafood macam aku..ini boleh membantu...
Cara makan 3 biji sehari makan selepas sarapan..





Yang ni pulak..
Lecithin..
Untuk kurangkan paras kolestrol dalam serum badan
Dan yang bestnya dapat memecahkan lemak dan kurangkan berat badan..
Tu sebagai bonus tu..
Alhamdulillah...


Produk ni aku beli dari pengedar 
Jadi kepada yang berminat boleh tanya sis ni ye..
Moga korang juga mendapat kesihatan ditahap yang baik
Assalamualaikum semua..
Tata..


Sunday 19 May 2013

TEMPAHAN HEADER BLOG CUTE

´



Assalamualaikum,



Jeng..jeng...
Cantik tak header blog baru kita...
Yeah...aku buat blog ni kat sorang adik manis ni...
Rm3 aje..hehehe..


Kalau nak bagi aku buat..hampeh jadinya...
So dengan adanya dorang dorang yang kreatif ni...
Tak terbuang masa aku untuk hasilkan benda
Yang finally aku tahu
Tak jadik hokey


Ok untuk tempahan korang boleh klik nama adik manis ni
Namanya Anis
Blognya


Memacam gak dia boleh buat...
Dengan harga agak murah ok..
Share topup aje..
Apa2 pun aku puas hati dengan header aku..
Thanks adik manis :)
Ok tata semua..
Sebelum makan baca bismillah
;)
Sebelum korang akhiri bacaan entry ni...
Pls like sikit la kat atas tanda setuju header blog aku comei kan???
Setuju???
Pi tekan button like >_<

SAYA GUNA SOFT 2 CAKE FOUNDATION OCTARD

´
Assalamualaikum,

Hari ni aku nak cerita sikit antara koleksi make up aku yang terbaru...
Wah macam la banyak sangat " koleksi" tuuu....

Alhamdulillah ni kali ke dua aku beli barang terus dari japan..
Made from Japan!!

Sekali lagi...
Mcm la terror sangat make up kan...

Meh aku habaq mai koleksi make up aku yang mcm banyak sangat ni

* foundation octard
* liquid eye liner silky girls
* lips balm
* blusher oliento
* tu aje..heheh banyak kan???

Setelah aku rasa sesuai sekali mencuba octard foundation dalam bulan febuari yang lepas..
Jadi aku beranikan diri untuk mencuba yang ini pulak

Soft 2 cake foundation ini pulak..
Atas jenama Octard jugak

Aku order sabtu yang lepas
Si adik Nad pos dari japan isnin kemudian harinya

Aku agak agak mungkin akan sampai dalam 10 hari- 15 hari bekerja la
Jadi buat buat relaks la...nad pun ckp lebih kurang macam tu jugak sampai...

Tuptaptuptap...
Mak aku tepon kata ni ada barang sampai tulis japan..hahaha
Mak aku cakap awat kat Malaysia ni takda jual bedak ke??

Ada mak..
Tapi jenis yang macam ni kat malaysia mahaii..
Kat japan murah...
Hehehe

Jadi dipendekkan cerita meh kita review gambar dia pulak..

Thursday 9 May 2013

SEKSA KAKI KU PENUH KETUAT

´
Assalammualaikum,

Haaa...kelmarin lepas aku cerita pasal thyriod..
Haa kali ni aku nak ceritakan kisah aku dan ketuat pulak..

Hehehe banyak nyer cerita kau kin..
Semua benda kau pernah rasa kan?? Kan??

Iya la..aku cerita ..aku kongsi sebab aku pernah rasa..
Tak rasa aku tak cerita..
Jadi mana yang aku boleh share..aku share..
Mudahan korang jugak dapat tempiasnya ye..

Memang kot rezeki aku ni banyak benda nak menempek kat my body nih..
Jadi mana yang baik tu aku terima seluas luasnya la..
Mana yang tak helok tu..maaf la ye
Akan aku usaha cari penawar sebaik mungkin untuk
Bawa pergi jauh jauh dalam badan aku ni..

Moga mendapat keizinan dari Allah ye..
Ameen :))

Permulaan ketuat ni dalam badan aku ...
Sekitar...
2004.. Ya 2004 dah lamakan tu..
Sejak aku mula kerja kat guardian..
Masa tu ada satu..

Ceh leceh..sakit..coz betul betul bawah tempat pijak..
Seksa..... Toksah cakap..

Banyak ubat aku beli tak jalan..
Nak pi salon mahai..tak cukup duit..
Kalau hilang tak pa..
Ni tak hilang???

Cer cita...


So bermula la kisah aku suka potong korek..
Tiap kali tumbuh aku korek..
Tumbuh korek...
Sampai la tahun 2010....

Hahahaha lamakan...
Sampai beranak anak aku yang ke tiga ni..
Masa ni ketuat ni pun kerja beranak jugak..
Lawan beranak dengan aku...

Punya la banyak..
Dia buat kampung berbaris kat tapak kaki aku...
Eiiiiiiw..aku pun geli nak nengok...
Aktif pulak..macam mengamuk!

Kat jari kaki aku...beratur je..
Masa tu tension gak aku..

Maka satu hari masa tu dalam pantang lagi la..
Teman aku A.k.a makcik dari indon yang selalu ambil berat pasal aku..
Dia la urut aku sejak anak aku yang sulung kecik sampai anak kedua..
Kemudian kami jarang berjumpa coz aku dah pindah rumah..

Tapi dia sempat buatkan aku sejenis minuman yang
Membuatkan ketuat bertahun tahun kat kaki aku hilang..
Alhamdulillah...
Jasamu hanya tuhan yang balas..
Moga dengan perkongsian aku ni..
Ibu partila jugak dapat pahalanya..
Ameen...

Coz kami jarang jumpa saat tu..
Dia mula ajar aku buat air ni sendiri...

Jadi aku mula minum setiap hari..
Tak mengharapakan apa apa..
Minum setiap hari..setiap waktu..macam minum air suam...
Hrmmm...
Maklum la waktu tu masa pantang

Sehingga suatu hari...
Ya allah
Aku terkejut!!!

Ketuat aku semua takda!!!
Hilang..
Parut pun tak da!!

Cuma hari hari terawal aku minum tu
Kesan nya dapat rasa
Sakit berdenyut sikit pada kawasan yang bermasalah..
Aku dapat rasa denyutan sampai ke pangkal peha..
Mungkin akar ketuat tu dah menjalar ke arah situ..

Tempat lain
Bekas cyst dalam rahim aku

Tempat yang lain alhamdulillah

Jadi sini aku nak kongsikan resepinya..
Harap dapat membantu korang yang ada masalah ni..
Untuk penyakit kanser juga..cuba laa..


BAHAN BAHAN

Periuk untuk merebus

10 batang serai (kalau serai yg kecik guna 15btg)
10 ikat daun pandan
3 biji limau kasturi
2 ketulbesar gula batu
3liter air

Cara:

Ketuk bahagian pangkal serai hingga pecah2 masuk dlm periuk
Letakkan kedalam periuk bersama daun pandan
Tuang air dan biar sampai mendidih
Biarkan hingga suam2 panas (boleh diminum) dan perahkan limau kasturi.
Kacau dan sedia utk diminum.lebih air boleh letak dalam peti ais dan minum bila suka

Sebarang perkongsian atau apa saja boleh la share kat sini ye..
Ilmu lebih baik di kongsi..
Ok tatta... :))




Kaki aku lebih kurang macam ni..tapi lagi teruk..lokasi area sini jugak..hrmm kenapa area sini ye selalu terjadi?? Why..why?? Ada sape boleh jawab??




Ini bukan kaki aku..hehehe kaki aku comei sikit...ketuat memang menyeksakan..
Terjadi kat tangan tak pa lagi..kaki??? Seksaaaass...
Setuju???
Yup!!!


Ok sampai sini saja..nak gi buat kerja umah..
Nanti aku sambung balik k
Assalammualaikum :)

Wednesday 8 May 2013

BULAN REJAB SABTU NI..KETAHUI KEISTIMEWAAN BULAN REJAB!

´

Assalammualaikum,


Entry kali ni aku terpanggil untuk berkongsi kelebihan bulan
rejab yang bakal tiba pada 11.5.2013 ni bersamaan
sabtuvini..

So pada yang terlupa..molek la kita peringat bersama agar
yang didunia berjaya dan diakhirat sana pun sedikit
sebanyak amalan kita diterima Allah..

Siapala aku..hanya insan biasa..
Mampu berkongsi mana yang patut..
Harap dapat membantu..

KELEBIHAN BULAN REJAB

Bulan-bulan hijrah datang dan pergi tanpa disedari. Hanya Ramadan dan Syawal sahaja yang kebanyakkan kita sedar kedatangannya. Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh umat islam dengan memperbanyakkan ibadah.

1. Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

2. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.

4. Malam awal Rejab mustajab do’anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

5. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

6. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

7. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

8. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.

9. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

10. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

11. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

12. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
13. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

14. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.

17. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

18. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

19. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

20. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.

21. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.

22. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

23. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

24. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: ‘Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau’.(dari kitab Raudatul Ifkar)

25. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya

REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.
Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

Tuesday 7 May 2013

ADA THYRIOD?? AKU ADA... TAPI DULU...

´
Assalammualaikum,

Hello..adik manis..kakak manis..En manis..pakcik manis...
Moga semua nya manis..
Jadi jom senyum dulu..before korang baca lagi..

Yes!!!
Automatik korang dah dapat pahala..
Kerana senyum!!!
Satu sedekah!!

Hokey..
Siapa pernah ada alami penyakit ni??
Atau masih lagi tak sedar yang korang ni ada

THYRIOD!!!

Tapi masih tak perasan?
Tapi tanda tanda tu selalu korang alami..
Hrmmm...

Ikut pengalaman aku la..
Pertama sekali aku fikir apa yang aku perhatikan pada tubuh badan aku
Tang leher...
Mula mula aku tak kisah..
Aku ingat lepas beranak biasa la
Masa beranak anak ke dua..Mina
Mungkin aku gemuk..
Tu pasal leher aku nampak kembung..
Kembung means...

Macam gelung tayar..
Tapi tak la kembung macam bola tu..
Hanya nampak mamcam gelung gelung gitu..
Nampak kembang..macam mana ye aku nak bagi tau
Tapi memang nampak pelik..
Kalau orang tak tahu mesti cakap
Leher menggeleber..
Walaupun badan aku tak la gemuk mana pun..
Dalam hati merungut jugak..

"alah..Tak jinjang dah leher aku..tak seksi dah kalau laki aku tengok.."
Ni dok merungut sorang sorang la ni

Time ni bila salah makan sikit
Aku akan rasa
Perit sangat nak telan air liur..
Suhu badan aku kekadang panas bila bangun waktu pagi..
Mood tu tak berapa nak elok..
Suka berpeluh sejuk tak tentu pasal..

Kepala toksah nak kata la..
Selalu migrain..tahap dewa..( sekarang dah lupa macam mana migrain ni hahaha)

Bab nak telan air liur tu tak tahan..
Nak telan air liur pun sikit je payah sangat..
Kekadang susah sikit nak bernafas..
Bila minum banyak air suam baru lega sikit..
Tapi bengkak tu masih ada..

Nadi kat tangan aku kekadang laju tak tentu pasal..

Lagi satu muka kita nampak..
Macam pucat..
Rambut aku gugur..

Aku baru tau ni masa aku temankan anak aku tak sihat kat klinik
WAN JULIA
sambil dia check anak aku tu..
Dia perasan aku punya muka lain macam..
Dr Julia ni dok pandang muka aku..sikit sikt pandang..
Dalam hati..bilang..

"aku lawa ka??"
"awat aku pakai krim malam banyak sangat ka???"
" aku comei kot..hahaha"

Punya la perasan tahap dewa kannnn..aku ni..hahaha
Pastu dia pun mula bukak mulut lepas habis check anak aku..
Dia kata

"awak perasan tak awak ada thyriod??"
Hrmm..aku cakap " thyriod tu apa??"
Dalam otak dok berlegar dah..kanser ke?? Mati la aku..
Penyakit apa ni?? Ya allah...
Dah la kaki aku ni ketuat dok tumbuh melata..
Banyak sangat benda nak tumbuh kat badan aku ni..


Bab nak hilangkan ketuat yang bertahun tahun tu aku cerita kat entry akan datang
Sambung balik...
Dia pun periksa leher aku..dia tekan kat area kembung tu

"adoii!! Sakit la..macam bengkak..tapi tak la sakit sangat..tapi macam da angin..
Dr cakap " itu la thyriod..dan dia pun cerita bla..bla..blaa..

So dia pun mintak aku buat pemeriksaan lanjut..
Tapi aku tak buat pun..sebab

Pertama
Aku takut..

Kedua
Aku tak suka makan ubat..( dr ckp thyriod ni ada sesetengah kes kena makan ubat sampai akhir hayat)

Ketiga
Mungkin terpaksa dibedah..kalau dah tahap kritikal..wooo aku takut..
Tang perut tu takpa lagi bedah..
Tang leher tu aku geletaq sikit..
Lepas abih bedah nanti suara jadi selunak Ct Nurhaliza takpa..
Ni jadi suara itik nira..nanyaaa..itu hanya imagine aku je..
Maklum la kuat sangat berangan

Jadi aku mula cari info kat google
Hrmm..baru aku tahu..
Apa yang aku rasa sama macam gejala gejala yang ada tulis kat info tu..

Aku mula takut..
Gegegegege..ni gigil namanya..cer buat..
Aku mula cari cara lain untuk sembuh selain makan ubat hospital..

Alhamdulillah ada..
Coz semua ciptaan tuhan ada nikmat dan rahsianya..

Jadi aku jumpa
Virgin Coconut Oil

Aku mula amalkan..
Vco yang berbentuk softgel dari catalys..
Tapi rasa macam kurang jimat la..
Cepat je abis..
Coz anak aku suka kunyah
So aku kena sorok...
tapi abih jugak..


Aku mula jadikan amalan seharian,
Dah biasa tiap pagi mesti ambil..
Dari yang capsule ke botol
Dari yang ke VCO ke EXTRA VCO
sampai berbotol botol..

Setelah berbulan bulan lamanya...
Bab leher tu aku tak perasan lagi dah takda kembung tu
Yang aku tahu
Aku dah takda masalah untuk telan air liur..serius..
Aku makan macam biasa..
Hampir berbulan jugak..tak rasa dah pengalaman perit tu

ALHAMDULILLAH...

Muka aku pun nampak merah macam darah tu mengalir la kat kepala..
Pada suatu hari tu,
Tiba tiba pulak aku rajin tenung lama lama muka aku kat cermin..
Lama gak la ye..hehehe..namanya kenali diri ni hehehe
Mana tau hidung aku mancung ke..

Aku mula perasan..
Leher aku mula nampak jinjang..kurus..
Tak gemuk..gelembung macam berbulan bulan yang lepas..
Mungkin ni berkat minum Vco dan kuasa Allah..
Alhamdulillah..
Tak perlu makan ubat..bedah..
Cuma amalkan ni je..

Jadi aku nak sharekan dengan korang semua yang sudi baca..
Mana yang tak sudi baca tu sure takkan tahu..sebab tak baca kan..hehehe

Amalkan setiap hari
2 sudu besar setiap pagi selepas sarapan
2 sudu besar setiap malam sebelum tidur..

In Sha Allah..berkesan hilanglah Thyriod tu..
Jom layan pic kat bawah ni..sebelum tu aku kongsikan tanda tanda awal yang bermaksud kita ada
THYRIOD!

Antara gejala penyakit thyriod yang kita boleh kesan :

1) Penambahan atau penurunan berat badan yang mendadak
2) Pembengkakan pada leher
3) Perubahan pada kadar denyutan jantung
4) Perubahan dalam tenaga atau perasaan/mood
5) Kehilangan rambut
6) Rasa terlalu sejuk atau panas
7) Kulit kering dan rapuh
8) Rasa kebas atau berdenyut pada tangan
9) Sembelit
10) Haid yang banyak
11) Lemah otot atau tangan bergetar
12) Masalah penglihatan
13) Cirit birit
14) Haid tidak tetap







Ini pic yang aku pinjam dari Mr Google..gini gambar rajahnya..tapi aku tak berapa paham bahasa sains..so tengok je la...





Gini la gayanya..rupa bengkak kat leher pada yang menghidap penyakit thyriod..
Aku tak suka..ada gelung..gelung macam tu..line macam tayar..
Pelik tapi benar..huhhh!!!
Kredit untuk Mr google...




Dr tu buat kat aku macam ni..
Sakit sikit..macam tak boleh nak telan..tak selesa...
Kredeit lagi untuk Mr Google..






Produk pertama sekali aku ambik vco jenama catalys..
Yang jenis softgel tu..
Anak anak aku suka kunyah kunyah makan makan gula gula..
Sedap katanya..ishhh..
Aku telan je....

Pastu disebabkan kos nak beli ni agak tinggi..
Aku bertukar kepada jenis botol macam ni..
Aku beli kat farmasi..

Tips..elak beli yang beku...
Suhu untuk vco ni elak dia beku..
Kata orang farmasi tu la..
Tak tau kenapa..
Yang jenis ni harga dalam rm50 jugak la...




Selepas berbotol botol habis..tiba tiba aku terjumpa ni kat cosway..
EXTRA tu yang lebih bagus..
Harga lebih murah..
Kalau ahli dapat rm29.90
Tahan la untuk 2 minggu sebotol ni untuk kami sekeluarga..
Setakat ni dah beli 4 botol..
2 botol dah habis
2 botol lagi mak kirim beli..

Ok pada yang baru nak mencuba..
Amalkan dengan permulaan niat dan ucapan bismillah..
Moga korang juga dapat atasi segala  macam masalah yang ada dalam tubuh badan
Dengan kaedah semulajadi ciptaan Allah..
Ameen..

Sekian perkongsian aku kali ni...
Ok mintak sorang 20 sen..
Hehehe
Gurau je..